Rinmas Nusantara Katering merupakan syarikat milik penuh bumiputera yang menjalankan perkhidmatan katering dan telah beroperasi sejak tahun 2016. Pelanggan utama syarikat ini terdiri daripada sektor swasta, korporat dan juga badan-badan kerajaan. Di dalam menuju era baru, syarikat ini telahpun melengkapkan ciri-ciri sebagai sebuah syarikat perkhidmatan katering yang terkini dan terbaik untuk para pelanggan disamping harga yang berpatutan. Syarikat kami, telah berupaya menjalankan perkhidmatan katering untuk segala jenis majlis seperti Seminar, Majlis Perasmian, Majlis Perkahwinan, Buffet dengan set Antarabangsa dan sebagainya. Antara pilihan menu yang kami sajikan terdiri daripada masakan Melayu, Cina, India dan Antarabangsa. Pihak kami sedia menerima tempahan dari majlis yang kecil, sederhana dan besar bilangan pelanggannya. Objektif utama syarikat kami adalah berteraskan satu konsep dimana pelanggan adalah merupakan keutamaan kami, di samping menjaga mutu makanan dan perkhidmatan kami.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN SYARIKAT
Rinmas Nusantara Katering telah mula bertapak pada tahun 2016 semasa Pn. Masitah bersama suaminya En. Adi menyediakan dan membuka syarikat katering. Sewaktu diperingkat inilah mereka telah memulakan semuanya dari memasak makanan sehingga penyediaan dn penghantaran kepada sesebuah majlis atau tempahan makanan yang di buat. Keenakan dan kelazatan makanan beserta layanan dan perkhidmatan yang disediakan, Rinmas Nusantara Katering telah membangun teguh menjadikan ia sebuah syarikat katering yang berkelayakan dan bersesuaian untuk menguruskan dan mengacarakan sebarang majlis. Sehinggan kini, Rinmas Nusantara Katering telah mempunyai 20 orang pekerja yang berdedikasi serta 4 buah kenderaan bagi memudahkan penghantaran dan penyediaan makanan bagi sesuatu majlis yang diadakan. Dalam Tahun 2017 peningkatan perniagaan telah memberi hasil melebihi RM150,000. Dalam usaha untuk menjadikan salah sebuah syarikat katering yang terbesar di daerah Lembah Klang, syarikat ini tidak pernah melupakan ciri-ciri penting yang menjadikan Rinmas Nusantara Katering berjaya sehingga kini. Bagi memastikan setiap tempahan memenuhi kehendak serta kepuasan pelanggan Pn. Masitah tetap mementingkan dan memberi keutamaan terhadap penyediaan makanan manakala En. Adi pula memastikan semua pekerjanya menyediakan layanan serta perkhidmatan katering yang memuaskan. Rinmas Nusantara Katering akan terus membangun dan menyediakan perkhidmatan dan makanan yang terbaik di masa hadapan. Kerjasama para pekerja menjadi kunci dalam pengurusan syarikat. Kemahiran terlatih memantapkan lagi pengurusan, tambahan pula ketua tukang masak bagi Rinmas Nusantara Katering pernah memenangi hadiah dalam pertandingan memasak menjadikan ianya lebih terkenal.
Professional Team for you

Director

Sales & Marketing Executive
Ajwad
Operation Manager

Haikal
Sales & Marketing Executive


Admin
